Ikan Kering Asli Tradisional Terengganu


Laman web ini merupakan satu platform urus niaga untuk membantu para pengusaha ikan kering kecil-kecilan yang terdiri daripada kaum nelayan pesisir pantai sekitar negeri Terengganu Darul Iman. Rata-rata pengusaha dan nelayan ini adalah di dalam kategori pendapatan rendah B40.

Setiap hari seawal selepas waktu subuh para nelayan pesisir pantai akan keluar ke laut untuk menangkap ikan. Jumlah tangkapan yang tidak menentu adakala pulang tanpa sebarang hasil namun kos bahan bakar seperti diesel dan petrol tetap perlu ditampung mencecah RM100 sehari.

Produk ikan kering yang dihasilkan melalui proses tradisional penduduk setempat menjadi pilihan untuk menambah pendapatan isi rumah mereka.

Setiap produk akan diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Laju – https://www.eziemall.com/product

Harga yang dipaparkan adalah termasuk kos penghantaran.



Sebarang pertanyaan boleh melalui:

Email: ikankering.tranung@gmail.com
WhatsApp: 60102942750

*p/s Sila klik/tekan nombor di atas untuk terus hubungi melalui WhatsApp