Ikan Kering Tamban Belah

Ikan tamban merupakan di antara tangkapan ikan harian oleh nelayan pesisir pantai sekitar negeri Terengganu Darul Iman. Setiap hari selepas waktu subuh para nelayan akan keluar ke laut untuk memukat dan membawa pulang pada waktu tengah hari.

Bekalan ikan tamban segar yang diperolehi setiap hari ini akan terus diproses secara tradisional untuk menjamin kesegaran setiap produk ikan kering ini. Setiap ikan yang siap diproses akan dijemur bawah sinaran mahatari pantai yang panas terik.

100% tiada sebarang unsur bahan kimia pengawet mahupun garam berlebihan digunakan sepanjang proses ini. Setiap produk ikan kering ini dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Para pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa menyimpan produk ini di menggunakan bekas kedap udara ke dalam peti ais untuk memanjangkan jangka hayat.

Kualiti kesegaran boleh dirasai setelah digoreng ranggup!